Aku Melawan Teroris

Tuesday, August 15, 2006

Ingin Ke Palestin?

oleh : Maszlee Malik

Di antara sms, emel dan juga YM yang sering saya terima ialah "Bagaimana saya boleh pergi ke Palestin untuk berjihad?". Bukan seorang dua, malah puluhan, jika tidak ratusan. Bukan hanya dari kalangan lelaki, malah juga dari wanita. Begitulah semangat jihad dan cintakan Islam yang ada di dalam jiwa rakyat Malaysia. Saya yakin, jika dibenarkan rakyat Malaysia untuk pergi ke Palestin untuk berjihad, nescaya Masjid al-Aqsa sekali lagi akan menyaksikan kemunculan Salahudin. Hanya Salahudin kali ini bukannya berketurunan Kurdi, tetapi mungkin Salahudin Jawa dari Sungai Besar, atau Banjar Air Hitam ataupun Bugis dari Benut. Moralnya, Palestin dan Masjid al-Aqsa masih tetap dan akan tetap berada di dalam hati setiap Muslim.

Apa yang boleh saya lakukan untuk Palestin?, itulah soalan yang sering dikemukakan oleh ramai di kalangan para pemuda dan pemudi Islam. Sekadar menghadiri ceramah-ceramah, mengikuti perkembangan terkini dan juga menangisi syahid-syahid yang gugur dibunuh oleh tentera-tentera Zionis? Adakah itu sudah cukup?

Atau mungkin juga menghulurkan sumbangan, wang ringgit, gelang, cincin dan subang ke dalam tabung Palestin. Adakah itu sudah memadai?

Keluar berdemo, menandatangani memorandum bantahan dan juga memboikot barangan Israel dan AS. Sudah cukupkah itu semua?

Atau mungkin juga bangun di dua pertiga malam dan panjatkan doa kepada Allah SWT agar membantu para mujahidin dan mujahidah di Palestin. Adakah itu juga sudah cukup?

Saya yakin ratusan, malah ribuan dari kalangan para pemuda dan umat Islam kita mampu melakukan lebih daripada itu. Ramai di kalangan kita yang mengimpikan mati syahid seumpama mujahidin di Palestin. Syeikh Ahmad Yassin dan Dr Abdul Aziz al-Rantissi sudah cukup menjadi perangsang untuk umat Islam bangkit mengikuti jejak langkah mereka untuk bersama menuju ke syurga Illahi. Persoalannya. Adakah di sana punya ruang untuk rakyat Malaysia untuk berjihad di bumi Palestin?

Teringatkan kata-kata wakil kerajaan Palestin (HAMAS) yang datang ke Malaysia. Apabila beliau ditanyakan bagaimanakah caranya rakyat Malaysia dapat membantu saudara mereka di Palestin yang ditindas dan dizalimi, beliau menjawab:

"Anda semua tidak perlu pergi ke sana. Ianya amat membahayakan. Rakyat Palestin masih lagi cukup untuk membebaskan al-Aqsa. Kami telah pun mengorbankan nyawa, dunia dan keluarga kami untuk tujuan tersebut. Apa yang kami perlukan adalah sokongan berterusan anda dari segi material. Sekatan dan tekanan yang dikenakan ke atas kami amat payah. Kami perlukan bantuan anda agar kami dapat terus hidup dan terus berjuang. Selain daripada sumbangan material daripada anda, kami juga perlukan tekanan dari negara-negara Islam dan masyarakat antarabangsa ke atas rejim Zionis agar menghentikan sekatan yang zalim ini. Anda boleh mempengaruhi kerajaan anda dan juga masyarakat antarabangsa untuk melakukannya. Akhir sekali, doa anda semua yang ikhlas dan bersunguh-sungguh adalah bekalan kami di dalam perjuangan"

Ramai di kalangan kita yang mengimpikan mati syahid seumpama mujahidin di Palestin.

Ya, memang benar. Mereka perlukan bantuan kewangan dan material yang berterusan daripada kita untuk terus hidup. Bukanlah mereka mengemis, tetapi sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas mereka langsung mematikan ekonomi mereka. Mereka tidak berupaya untuk mengimport dan mengekspot mahupun melakukan apa-apa urusan dagang dengan pihak luar. Mereka hanya ada sebuah kerajaan untuk memerintah rakyat tanpa menguasai ekonomi serta jalan akses dan keluar daripada tanah air mereka sendiri. Tanpa sumber yang tetap, tanpa keupayaan untuk menjual hasil nasional mereka, bagaimanakah caranya untuk mereka akan dapat terus hidup?

Maka, sumbangan berterusan haruslah dilakukan. Janganlah hanya sekali sahaja menyumbang dan kemudian tidak menyumbang lagi. Nombor-nombor akaun pertubuhan yang menyalurkan derma telah pun anda miliki (atau layari laman web: www.palestinkini.info). Jadikan amalan anda pada setiap bulan untuk memasukkan sebahagian daripada gaji anda ke dalam salah satu akaun tersebut. Insha Allah, amalan yang berterusan, walaupun sedikit, nilainya amat tinggi di sisi Allah SWT. Yakinlah, walaupun seringgit yang anda sumbangkan, tetapi jika ianya berterusan, ianya akan mendapat tempat di sisi Allah SWT.

Berkenaan dengan doa pula. Doa yang pasti akan mendapat jawapan dari Allah adalah doa dari mereka yang ikhlas dan dari mereka yang dekat dengan Allah. Jika diri kita dipenuhi dengan maksiat dan kelalaian, ianya akan melambatkan jawapan kepada doa tersebut. Oleh yang demikian, usaha untuk menjauhi, mengurangkan dan meninggalkan terus maksiat perlulah dilakukan secara berterusan agar doa kita akan cepat mendapatkan jawapannya. Usaha untuk mengajak masyarakat dan orang lain untuk sama-sama meninggalkan maksiat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT juga perlu diperhebatkan. Ramainya orang yang beriman dan orang yang salih berdoa akan mempercepatkan lagi jawapan dari Allah yang Esa.

Doa yang pasti akan mendapat jawapan dari Allah adalah doa dari mereka yang ikhlas dan dari mereka yang dekat dengan Allah

Mencari waktu yang sesuai untuk berdoa juga adalah penting. Sepertiga malam terakhir, di kala orang ramai nyenyak tidur merupakan waktu yang amat sesuai. Jika benar kita ingin berkorban, maka korbankanlah tidur kita untuk menghadap Allah SWT di waktu tersebut. Hadapkan diri kita dengan penuh keikhlasan, harapan dan pengharapan kepada Yang Maha Mendengar. Berdoalah secara bersungguh-sungguh.

Sunnah Rasulullah SAW di waktu peperangan juga janganlah ditinggalkan. Rasulullah SAW akan melakukan Qunut Nazilah di kala berlakunya peperangan dan kecelakaan ke atas umat Islam. Di Malaysia, sunnah ini jarang diamalkan. Demi mendapatkan kemenangan buat umat Islam, maka sunnah ini perlu dihidupkan semula.

Akhir sekali, usaha memperhebatkan kempen pungutan derma, menyebarkan kesedaran dan juga menyokong segala usaha berkaitan isu Palestin merupakan tanggungjawab kita semua. Kesemuanya akan menjadi bekalan kita untuk bertemu Allah SWT di akhirat nanti. Ianya akan menjadi jawapan jika Allah AWT bertanyakan kepada kita: "Apakah yang telah kita lakukan untuk menyelamatkan Masjid al-Aqsa ketika ia di ambanr keruntuhan?, Apakah yang kita lakukan ketika saudara mara kita di sana bertungkus lumus berusaha untuk memerdekakannya?, Apakah juga yang telah kita lakukan ketika saudara-mara kita dibunuh, disembelih dan juga dizalimi demi memerdekakan Masjid al-Aqsa..."

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua! "

Monday, August 14, 2006

Menunggu Osama Laden...

Oleh: Razzi Armansur

Adakah anda dan orang Islam lain mengharapkan supaya Osama ben Laden dan Al-Qaeda akan muncul membantu Hizbullah, Hamas dan lain-lain negara Islam dari ditindas? Saya pernah dan selalu mengharap begitu.

Sekian lama -- khabarnya Osama ben Laden hero baru dunia Islam telah memberikan berbagai-bagai amaran tetapi amaran kekal amaran. Harapan kian hampa. Lubnan saban hari dibedil Israel, kita terus berharap -- cepatlah Osama dan sekutunya datang membantu. Atau bila leka di Lubnan, Osama masuk ke US untuk memusnahkan US. Itu impiannya.

Jika kita percaya Osama itu wujud, memanglah kita ini manusia yang bodoh atau paling bodoh atau diperbodohkan oleh Amerika. Osama ben Laden tak pernah wujud. Ia adalah ciptaan Amerika. Ambil orang Israel atau Yahudi mabuk berjanggut beri nama Osama, ambil gambar dan video dia, seluruh dunia mengakui itulah Osama ben Laden hero orang Islam. Di Malaysia pun gantung gambar dia, pakai kemeja-T gambar Osama.

Watak Osama diwujudkan supaya Amerika boleh menghentam orang Islam. Dalam sekelip mata saja orang Islam dicop sebagai pengganas. Dalam sekelip mata, kita menjadi takut hendak menyokong gerakan Islam kerana takut turut dicop pengganas.

Dengan adanya Osama, bolehlah Amerika memerangi dan membunuh seramai mungkin orang Islam. Dengan sendirinya, orang Islam telah branding sebagai pengganas.

Nama Osama muncul selepas peristiwa WTC. Hanya 2 - 3 hari selepas itu muncul nama Osama. Amerika pandai berkira-kira -- apalah ruginya runtuh 2 bangunan lama, 4 kapal terbang, tapi tak pasti berapa orang yang mati di WTC, atau betulkah ada yang mati? Katalah yang mati 100 orang -- apalah ruginya kalau dibandingkan keuntungan Amerika boleh menjajah beberapa tanah Islam atas alasan memerangi pengganas. Rugi sikit untung banyak bertahun-tahun.

Satu hero mesti diwujudkan supaya ada peluang untuk menghentam. Maksudnya -- ia mestilah hero untuk orang Islam dan semestinya musuh Amerika. Itulah Osama namanya.

Tolonglah -- kita manusia bijak, takkan begitu mudah diperdaya.

Peristiwa 9/11 (WTC) adalah rekaan Amerika yang kurang teliti sama dengan peristiwa penipuan mendarat di bulan. Banyak tanda soal yang besar-besar belaka dipersoal. Bagi saya yang sangat pelik -- bagaimana dalam masa yang amat singkat CNN sudah bersedia untuk menggambarkan langgaran kapal terbang ke menara kedua. Menara pertama sudah dilanggar, dan kononnya sedang CNN membuat liputan runtuhan menara pertama, datang kapal terbang kedua melanggar menara kedua. Beza langgaran menara pertama dengan menaran kedua tak jauh -- bagaimana CNN sudah bersedia di atas bangunan berhampiran dan dapat menggambarkan sepenuhnya melainkan CNN sudah bersedia sejak dari awal untuk menggambarkan keseluruhan peristiwa yang menjadi titik permulaan negara-negara Islam diserang.

Logik atau tidak -- kalau WTC boleh hancur, bagaimana Pentagon hanya rosak sedikit sahaja. Amat sedikit. Bagaimana pula dengan kapal terbang keempat yang jatuh terhempas begitu saja.

Osama wujud selang 2 hari kemudian dan branding baru dibina -- orang Islam adalah pengganas dan mesti diperangi habis-habisan sampai bila-bila. Sesiapa yang menyokong Osama mesti diperangi.

Afghanistan konon tempat persembunyian Osama diserang. Selepas itu Iraq.

Semuanya berlaku di zaman Bush Junior. Di Malaysia, di mana-mana, teringin saya nak menampar seorang kawan yang berani menyebut "Susah kita nanti kalau Al-Gore menang". Mahathir yang mulakan cakap begitu di surat khabar hanya kerana Al-Gore menyokong gerakan Reformasi Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kawan saya mengulang kata-kata di akhbar itu lantas saya tanya, "Kenapa pulak yang susah? Pilihan raya tu kat mana?" Pada masa itu saya meramalkan, kalaulah Bush Junior menang, dia akan meneruskan dendam ayahnya -- Bush Senior. Bush Senior dendam dengan Iraq kerana kalah dalam serangan ke Iraq pada tahun 1991. Muka Bush dilukis di hadapan hotel dan beberapa tempat laluan supaya boleh dipijak-pijak.

Tepat ramalan saya -- "Susah kita kalau Bush menang" -- Iraq terus diserang. Alasannya nuklear dan pengganas.

Sekarang Lubnan diserang. Yahudi dan Nasrani adalah bangsa yang penakut (demikian sabda Rasulullah SAW) tetapi jangan lupa ia bangsa yang sangat bijak dan telah diakui dalam AlQuran. Bijaksana -- dari bangsa merempat, negaranya kecil sahaja kita menjadi besar dan mampu menguasai ekonomi dunia.

Lubnan adalah seperti Malaysia -- bukan negara Islam betul. Ia Islam sekular. Yang dikatakan Islam betul ialah menjadikan AlQuran dan Hadis sebagai perlembagaan, bukan perlembagaan ciptaan Lord Reed. Manakala tentera Hizbullah adalah tentera yang mengamalkan apa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Kekuatan tentera Islam adalah kepimpinan -- mesti dipimpin oleh ulamak, mesti mengamalkan apa yang diamalkan oleh tentera Rasulullah -- rahsia kekuatan mereka adalah solat malam. Tentera mereka tak ramai -- hanya 300 orang sahaja (tentera elit) tetapi jangan lupa pada bila-bila masa sahaja mereka boleh memanggil puluhan ribu tentera. Mereka ini berhati-hati tidak mahu sampai terbunuh orang awam walaupun orang awam itu berbagsa Israel dan kafir.

Tentera Hizbullah bijak mengatur strategi. Dan jangan lupa, ia adalah satu-satunya tentera di muka bumi ini yang mampu menghalau Israel pada tahun 70'an. Bila Israel bertapak, ia akan meluaskan jajahan bukan keluar, tetapi di Selatan Lubnan, Hizbullah berjaya menghalau Israel.

Sebagai contohnya, sekarang ini Israel yang penakut itu sedang mara ke Selatan Lubnan. Jadi, bila Israel mendatang, ia ibarat rahmat bagi Hizbullah kerana tentera Hizbullah sangat mengelak dari mencederakan orang awam. Kita tunggu apa hasilnya.

Amerika dan Israel cuba untuk branding Hizbullah sebagai pengganas tetapi gagal. Tak ada yang menganggap Hizbullah sebagai pengganas.

Pada zaman Rasulullah, Baginda menggunakan strategi yang sangat mudah iaitu hanya mengepung tentera Yahudi, sekat segala rupa bekalan, dalam masa 15 hari Yahudi menyerah.

Hanya ada 2 negara sahaja yang menyokong dan membantu Hizbullah -- Iran dan Syria. Yang lain adalah negara-negara Arab yang bahlul dan tolol yang tak mungkin membantu kerana ada harga yang boleh dibeli Amerika. Negara-negara Arab ini boleh dipegang kepalanya oleh Amerika. Suatu masa dulu kita percaya betapa radikalnya Libya. Rupanya pemimpinnya yang penglipurlara, yang kadang-kadang datang meeting naik kuda -- Muamar Taik Gadafi adalah orang yang bacul. Kepalanya dah dipijak-pijak Amerika. Ia sama lebih kurang dengan Yasser Arafat, penipu dan pengemis Antarabangsa yang menyebabkan Palestin makin ditindas. Sekarang Hamas berkuasa, kita tunggu, walaupun pemimpinnya bukan ulama. Kita telah melihat bagaimana Al-Fatah dengan pemimpinnya lebih gemar mencari publisiti (dah mati) sebenarnya tunggangan Amerika. Menyesal agaknya sesiapa yang menamakan anak mereka dengan nama Gaddafi, Muamar Gaddafi, Yasser, Yaseer Arafat. Di tempat saya ada budak namanya Yaseer Arafat -- penagih dadah, suatu hari overdose, muntah-muntah di belakang kedai dan mati.

Liga Arab tak mungkin akan membantu. Mereka hanya suka pakai jubah, serban macam Yahudi mabuk dan mesyuarat kemudian mengecam. Itu saja. Hizbullah bukan angkuh -- mereka hanya mahu bantuan dari Iran dan Syria sahaja. Bahkan sehingga kini mereka belum pun meminta bantuan Iran dan Syria. Ada orang mengatakan sebenarnya ini adalah peperangan antara Amerika dengan Iran.

OIC ni apa sebenarnya? Saya pun tak tahu apa sebenarnya fungsi OIC di luar negara dan dalam negara. Sepanjang zaman setahu saya OIC akan hanya, "Oooo..... I see..." Di dalam negara pula OIC dijadikan medan publisiti. Membantu Hizbullah? Saya rasa Hizbullah tak kenal pun apa itu OIC.

Yang membingungkan pihak musuh adalah: pejuang Hizbullah memang bersedia untuk mati kerana inilah peluang seumur hidup untuk syahid. Sebaliknya -- tentera Israel dan Amerika takut mati.

Apa mesej yang boleh kita pelajari? Iman adalah segala-galanya.

Balik ke dalam negara. Ada sesuatu yang sangat melucukan dan menyakitkan kepala hotak kita. Kumpulan Pemuda BN merayau ke beberapa negara untuk menerangkan kekejaman Israel -- satu tindakan yang pelik, mencari publisiti dan menghabiskan wang. Perlukah? Perlukah? Kalau betul-betul serius dan berani, saya cabar untuk terus ke Lubnan dan Palestin. Berani? Bukan saya seorang yang mencabar tetapi sebahagian besar rakyat Malaysia. Janganlah kesengsaraan rakyat Lubnan dan Palestin dijadikan bahan untuk mencari publisiti.

Saya nak menyambung kata-kata pengacara rancangan Al-Kulliyah yang dalam gelak-gelak menyebut pasal santau. Meminta orang yang pandai santau supaya menyantau Israel. Saya gelak besar dengan ejeken tersebut.

Mana dia bomoh penipu, yang selama ini bukan main besar lagi cakapnya yang konon boleh santaulah, jampilah, taiklah, ghaiblah... Mana? Boleh tolong tak santaukan Bush, Perdana Menteri Israel. Kalau jauh sangat tak boleh, takut jin sesat ke apa, boleh, tak ada masalah kita kumpul duit sponsor tiket kapal terbang (bukan pesawat) terus sampai ke Washington dan terus ke pagar White House. Boleh? Boleh tak wahai sekelian bomoh? Kalau jauh sangat kita pergi yang paling dekat, Selatan Thai -- di sini umat Islam pun ditindas habis-habisan. Dekat saja. Boleh tak wahai bomoh sekelian?

Kalau ada bomoh yang membaca tulisan saya ini ingin saya menasihati: Kalau Rasulullah yang kekasih Allah itu pun kena bangun, keluar rumah angkat pedang pergi berperang, inikan kita manusia yang terlalu banyak dosa pada Allah. Kalau gitu Rasulullah tak payahlah keluar rumah -- main jampi saja -- musuh Islam tumbang. Main jampi saja -- pedang terbang menuju musuh macam kat Malaysia ni yang selalu dihebohkan -- keris terbang. Setuju tak wahai bomoh?

Dari Safa: Sejauh mana kebenarannya, wallahu alam......

Friday, August 11, 2006

PULO

Bangkok sasaran baru -- PULO rancang perluas pemberontakan selatan Thailand

BANGKOK 10 Ogos – Kumpulan militan yang berjuang bagi kemerdekaan di wilayah selatan yang penduduknya majoriti Islam tidak menolak kemungkinan memperluaskan pemberontakan ke ibu negara Bangkok dan pusat pelancongan Phuket.

Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) memberitahu akhbar The Nation bahawa langkah itu mungkin diambil sekiranya kerajaan meneruskan taktik penindasan terhadap penduduk setempat yang kebanyakannya bercakap bahasa Melayu.

Ketua Hal Ehwal Luar PULO, Kasturi Mahkuta memberitahu akhbar itu dari lokasi rahsia di Sweden bahawa ia bukan sesuatu yang mustahil bahawa mana-mana “kumpulan pembebasan Melayu” akan berfikir mahu menyerang sasaran di luar wilayah itu.

Kasturi berkata, PULO mempunyai jumlah pegawai dan pasukan bersenjata yang agak signifikan di selatan Thailand tetapi enggan memberikan butiran lanjut atau mengaku bertanggungjawab bagi mana-mana serangan di wilayah itu.

“Ini adalah sesuatu yang kami tidak akan sahkan atau nafikan. Saya tidak boleh nyatakan secara spesifik,” kata Kasturi semasa ditanya serangan atau kejadian besar-besaran yang melibatkan PULO.

PULO muncul pada 1970-an semasa perjuangan tentera oleh etnik Melayu di wilayah paling selatan Yala, Pattani dan Narathiwat yang menuntut kemerdekaan daripada Thailand.

Keamanan dipulihkan pada dekad lepas tetapi lebih 1,300 orang terbunuh sejak puak pemisah melancarkan kempen pengeboman dan tembakan pada Januari 2004.

Namun di sebalik semua itu, Kasturi memberitahu akhbar itu bahawa PULO bersedia mengadakan perbincangan dengan kerajaan untuk membincangkan “penyelesaian.”

Beliau berkata, pucuk pimpinan PULO bimbang dengan keganasan di wilayah itu dan jumlah kematian yang tinggi, dan menurutnya terdapat kecenderungan untuk menyalahkan kumpulan pembebasan Melayu yang melakukan semua serangan itu.

Agensi-agensi keselamatan menyatakan beberapa kumpulan baru antiBangkok telah muncul di selatan dan sebahagian besarnya dipersalahkan bagi keganasan itu. – Bernama

UM 11.8.2006

Kos Israel serang Lebanon RM6 bilion

BAITULMAQDIS 10 Ogos – Pencerobohan tentera Israel ke atas Lebanon kononnya untuk memerangi pejuang Hizbullah dalam tempoh sebulan yang lalu menyebabkan negara Yahudi itu menanggung kos sebanyak RM5.92 bilion (AS$1.6 bilion).

Menteri Kewangan Israel, Avraham Hirshson berkata, beliau akan meminta kerajaan memotong RM2.4 bilion daripada perbelanjaan negara tahun ini bagi menampung perbelanjaan perang.

Bajet tahunan Israel bagi tahun 2006 adalah RM207 bilion (AS$56 bilion).

Cadangan tersebut akan dibentangkan di Kabinet dan diluluskan Ahad ini.

Ketika mengumumkan rancangan pemotongan belanjawan itu, Hirchson berkata, ia tidak membabitkan kenaikan cukai dan peruntukan diambil daripada kementerian-kementerian.

“Semua kementerian diminta menunjukkan tanggungjawab kepada negara dan menanggung beban peperangan,” ujarnya.

Dalam pada itu, tentera Israel yang meneruskan serangan buat hari ke-30 hari ini, menawan bandar-bandar Kristian, Marjayoun dan Qlaiah di selatan Lebanon sekalipun rejim Yahudi itu mengumumkan telah menangguhkan rancangan untuk melancarkan serangan lebih hebat terhadap pejuang Hizbullah.

Askar Israel telah mara dengan berjalan kaki ke Marjayoun, kira-kira lapan kilometer dari sempadan serta Qlaiah dan kampung berhampiran, Burj Al-Molouk.

Mereka disusuli oleh kereta-kereta kebal yang bergerak di jalan raya berdekatan sambil menghadapi bedilan sengit roket dan peluru meriam Hizbullah.

“Saya dapat melihat dua kereta kebal terbakar kira-kira 500 meter dari Marjayoun,” kata seorang penduduk menerusi telefon. – Agensi

UM 11.8.2006

Thursday, August 10, 2006

Tangisan Palestin: Pesanan Untuk Umat Islam di Malaysia

(Ini adalah pesanan Dr Khalil Al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS". Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil)

Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa.

Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi.

Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.

Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya.

Semenjak tarikh tersebut, gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah.

Kami telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan.

Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan.

Sehinggalah di pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin.

Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.

HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.

Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.

Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya?

Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan.

Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.

Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31peratus di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan.

Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.

Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU.

Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin. Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya.

Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.

Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat.

Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan.

Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan.

Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?

Umat Islam di Malaysia sekelian,

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. KaÉi tidak akan memaafkannya.

Umat Islam di Malaysia,

Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.

Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.

Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.

Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.

Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.

Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami.

Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...

Allahu Akbar!!!

Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
Kuala Lumpur
14 Mei 2006

Wednesday, August 02, 2006

Coalition of Muslim Ummah against the Inhumane Incursion of Zionist Forces into Gaza, Palestine

July 7th 2006

To;
George W. Bush
President of the United States of America
The White House
1600 Pennsylvania Avenue NW
Washington, DC 20500

Through;
Christopher J. LaFleur
Ambassador
U.S. Embassy
376 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Sir,

Memorandum of Muslim Ummat against the the Inhumane Incursion of Zionist Forces into Gaza, Palestine

We register with utmost disgust on the latest incursion on Gaza strip and the oppression of Palestinian people, abduction of ministers and members of parliament and the killing of innocent civilian, women and children.

The occupation of Palestine is the crux of the problem, and unless a complete withdrawal from all occupied territories is done, the problem of West Asia cannot be solved. The pseudo withdrawal from Gaza which is just done to cloud the actual situation is meaningless as proven by the latest attack and incursion into Gaza.

The latest atrocities by the Zionist regime against civilians and the general population of Palestine is totally condemned and the US, as being the strongest supporter of the regime is held equally responsible for the deaths of the innocents.

In the latest attacks, Israel continues to employ terror tactics by flying its jet fighters low over rooftops and letting off sonic booms causing babies to cry uncontrollably, shattering windows and putting the population at unease – as promised by regime head, Olmert that the Zionists ‘would not make anyone comfortable’ in Gaza.

The Zionist action is not aimed to free a captured soldier as claimed but more to overthrow the popularly elected government led by Hamas. Upon learning of signs of positive reconciliation between the Fatah and Hamas movements, the ‘soldier’ issue was designed to provide an excuse to remove the Hamas government altogether. The US support for such action is an insult to democratic practices.

The question of human rights is totally disregarded. Why does the US practice a double standard of human rights when it comes to the West Asian problem? Does detaining women and children (some as young as 5 yrs old) constitute respect for human rights? Why hasn’t the US taken action against the regime for this blatant disregard for human rights. Obviously the US feels that Palestinians do not deserve any rights? It is a shame to the US which claims to fight for human rights.

The US-supplied weapons have always been used by the regime to kill hundreds of innocents in Gaza and West Bank. Continued supply of such weapons is the US’ contribution to wanton massacre of innocent people in the occupied territories. The US is held responsible for all the actions taken by the Zionist regime.

The only way the US can extricate itself is to take concrete action in forcing Israeli withdrawal from Gaza, to release of all detainees especially the women and children, and bringing about a complete withdrawal from all occupied territories and a return to the pre 1967 status quo.

Jointly endorsed by;

Islamic Part y of Malaysia (Party Islam Se Malaysia)
People Justice Party
Muslim Youth Movement of Malaysia (Angkatan Belia Islam Malaysia)
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Persatuan Ulama’ Malaysia
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
Institut Pengembelengan dan Pembangunan Komuniti (IMPAK)
Malaysian Youth and Democratic Movement (DEMA)
YPU
Muafakat
Kelantan People Action Council (Majlis Tindakan Rakyat Kelantan)
Al Nida’
Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung
Solidariti Mahasiswa Malaysia
University Malaya Association of New Youth (UMANY)

Tuesday, August 01, 2006

28 mayat ditemui di Qana

Pasukan penyelamat terus cari mangsa bawah runtuhan akibat serangan Zionis

QANA (LUBNAN): Perkampungan Qana di selatan Lubnan, diselubungi suasana berkabung semalam ketika pasukan penyelamat menngeluarkan 28 lagi mayat di bawah runtuhan bangunan yang musnah akibat serangan udara Israel kelmarin yang membunuh 56 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak yang sedang tidur.

Sumber Palang Merah Lubnan berkata, 12 mayat ditemui di perkampungan Sreefa, sembilan lagi di Zibqeen dan empat di Qleileh, kesemuanya di Qana yang terletak di timur bandar pelabuhan Tyre.

Tiga mayat lagi ditemui di tiga lagi perkampungan. Penyelamat meneruskan usaha mencari berpuluh-puluh lagi mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan di beberapa bandar dan perkampungan di Lubnan sejak diserang Israel pada 12 Julai lalu.

Anggota bantuan ketika ini terus mengumpulkan barangan peribadi, beg dan pakaian milik mangsa, 37 daripada mereka adalah kanak-kanak, di luar runtuhan bangunan yang berdebu, mengingatkan dunia bahawa si kecil juga jadi sasaran Israel.

"Kita akan terus mencari mayat di bawah runtuhan kerana keluarga mangsa berkata ramai lagi anak-anak masih hilang," kata Salam Daher, ketua pertahanan awam di Qana.

Dunia mengecam serangan udara Israel itu yang mensasarkan bangunan tiga tingkat di daerah itu yang menempatkan wanita dan kanak-kanak kecil yang berlindung di bawah satu bumbung.

Walaupun baru melangkah masuk perkampungan yang sebelum pertempuran mempunyai 15,000 penduduk itu, pelawat boleh melihat kemusnahan akibat serangan tentera Israel.

Cermin rumah kedai berkecai manakala kediaman yang masih berdiri sudah kosong dan sisa runtuhan bangunan bertaburan di tengah jalan.

Ini adalah kali kedua Qana yang berhampiran bandar Tyre, diserang Israel. Pada 18 April 1996, markas pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dibom membunuh 105 orang yang berlindung di situ ketika Israel melancarkan operasi "Grapes of Wrath."

Hussein Sleiman, 35, mengambil kesempatan janji Israel untuk memberhentikan serangan udara selama 48 jam mulai semalam untuk kembali ke Qana untuk melihat sama ada rumahnya masih wujud.

"Rumah saya masih berdiri teguh tetapi kedai saya musnah", katanya. Seorang lelaki yang membawa keluarganya dalam kereta berkata: "Kami lari ke Beirut walaupun terpaksa tidur di tengah jalan di sana."

Di depan sebuah kedai, seorang lelaki buta berkata: "Saya mahu mati di sini, ini tanah air kami. Saya mahu mati bersama isteri dan tiga anak kami."

Seorang lagi penduduk bernama Hanifeh berkata beliau tidak tahu mana lagi mahu lari. Ke mana anda mahu saya pergi "Beirut" Di mana saya mahu tidur di sana, di dalam sekolah, dalam taman atau di tepi jalan. AFP

BH 1.08.2006