Aku Melawan Teroris

Tuesday, January 03, 2006

Marin AS Yang Tidak BerMORAL

Filipina buru empat Marin AS

MANILA: Kerajaan Filipina semalam berkata waran tangkap ke atas empat askar Marin Amerika Syarikat yang didakwa merogol seorang wanita tempatan, akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Ignacio Bunye, jurucakap Presiden Gloria Arroyo menegaskan yang Manila sememangnya berazam menuntut keadilan bagi wanita berusia 22 tahun yang menjadi mangsa tentera AS berkenaan dalam kejadian 1 November lalu.

“Hak kedaulatan dan keadilan Filipina akan ditegakkan dalam apa juga keadaan,” kata Bunye dalam satu kenyataan.

Dia mengulas laporan media tempatan yang kerajaan AS akan cuba menuntut hak ke atas suspek itu atau membenarkan mereka keluar dari Filipina.

“Pendirian dan hak kedaulatan kita tetap dipegang. Kami hanya berminat untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas suspek itu yang menjadi proses awal sebelum mereka dibicarakan,” katanya tanpa memberikan tarikh pengeluaran waran berkenaan.

Sebelum ini, enam askar Marin dinamakan suspek, tetapi siasatan yang terperinci oleh Jabatan Kehakiman hanya mendapati empat suspek itu terbabit.

Mereka kini ditempatkan di kedutaan AS.

Jenayah itu berlaku sejurus selepas askar terbabit menamatkan latihan ketenteraan bersama tentera Filipina di Teluk Subic yang pernah menempatkan pangkalan tentera laut AS di utara Manila.

Kes itu sememangnya diikuti rapat di negara bekas jajahan AS dan aktivis menyifatkannya membangkitkan semula pengalaman pahit di bawah pemerintahan Washington sebelum ini. – AFP

Petikan: Beita Harian 3 Januari 2006