Siapa Lebih Ganas?
Mayat lelaki Taliban dibakar
Perbuatan tentera Amerika direkodkan wartawan bebas, Stephen Dupont
SYDNEY: Tentera Amerika Syarikat membakar mayat dua orang disyaki anggota Taliban yang terkorban di selatan Afghanistan dan kemudian menyiarkan rakaman insiden itu untuk menakut-nakutkan musuh mereka di negara berkenaan, dakwa stesen televisyen Australia.
Pasukan payung terjun tentera Amerika ke-173 mendakwa mereka berbuat demikian atas alasan kesihatan kerana mayat itu sudah terbiar di kawasan lapang lebih 24 jam, dakwa program SBS yang disiarkan lewat kelmarin.
Dakwaan itu sedang disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Tentera, menurut kenyataan yang dikeluarkan tentera bersekutu Barat di Lapangan Terbang Bagram di utara Kabul.
Perbuatan itu jelas bertentangan dengan Konvesyen Geneva tetapi tentera AS dikatakan berbuat demikian sebagai helah psikologi menakutkan-nakutkan penduduk tempatan khususnya anggota Taliban, selain bertujuan memaksa mereka bekerjasama dengan tentera gabungan di Afghanistan.
Konvensyen Geneva mengkehendaki tentera memberi penghormatan dengan menanam musuh mereka dan kalau boleh mengikut kepercayaan agama musuh itu.
Anggota Taliban itu terbunuh dalam satu serangan hendap tentera Amerika yang turut mengorbankan seorang askar AS dan tentera Afghanistan. Pertempuran itu berlaku sebelum sesi Parlimen Afghanistan bulan lalu.
Wartawan bebas, Stephen Dupont merekodkan tindakan askar AS itu. Tindakan itu menghina agama Islam kerana mayat biasanya ditanam dalam tempoh 24 jam.
Stesen televisyen Australia turut menyiarkan rakaman tentera Amerika berdiri di belakang mayat yang dibakar.
Ia turut menyiarkan mesej keras yang ditujukan tentera Amerika kepada penduduk kampung. AFP
FAKTA NOMBOR
100 - Anggota Taliban mati dibunuh tentera AS tahun ini
47 - Askar AS maut
8 - Askar AS dipenjara dua bulan kerana mendera tahanan Afghan
2 - Tahanan Afghan mati diseksa askar AS pada 2001
BH 21.10.2005
0 Comments:
Post a Comment
<< Home