Ampunan Dari Hamba ALLAH atau Ampunan Dari ALLAH?
BALI 17 Okt. - Anggota-anggota militan Islam yang dikenakan hukuman mati atas peranan mereka dalam pengeboman Bali 2002 akan diberi satu lagi peluang untuk memohon pengampunan, kata para pegawai kepada sekumpulan aktivis yang melancarkan bantahan di sini hari ini.
Amrozi Nurhasyim dan Imam Samudra yang memainkan peranan penting dalam pengeboman ke atas kelab malam Bali yang meragut 202 nyawa, terdahulu tidak berhasrat untuk meminta pengampunan sebaliknya lebih rela dihukum mati.
Penduduk telah menggesa pihak berkuasa supaya segera melaksanakan hukuman mereka sejak serangan berani mati yang kedua dilancarkan di Bali pada awal bulan ini, yang mengakibatkan 23 orang terbunuh, termasuk tiga pengebom berani mati.
Di bawah undang-undang Indonesia, hukuman mati yang dikenakan ke atas seseorang banduan hanya boleh dilaksanakan setelah kesemua saluran undang-undang digunakan.
Kira-kira 50 aktivis berkumpul di depan bangunan Parlimen tempatan Bali hari ini, dengan sesetengah daripada mereka menikam patung Amrozi sebelum membakarnya.
Timbalan jurucakap Parlimen, I Gusti Ketut Adi Putra memberitahu kumpulan aktivis itu bahawa para pegawai akan menziarahi mereka ``dalam masa satu atau dua minggu lagi'' untuk meminta kenyataan bertulis bagi menjelaskan sama ada mereka berhasrat untuk meminta pengampunan. - AP
Petikan: Utusan Malaysia 18 Oktober 2005
0 Comments:
Post a Comment
<< Home