Wednesday, October 19, 2005

Perestroika?

Gorbachev syor ‘perestroika’ untuk Amerika

LONDON: Amerika Syarikat kini memerlukan ‘perestroika’ atau penstrukturan semula politik, kata bekas pemimpin Soviet Union, Mikhail Gorbachev yang melaksanakan pembaharuan di negaranya.

Katanya dalam satu perhimpunan pemimpin politik dan perniagaan di sini semalam, beliau mencadangkan idea itu kepada sekumpulan warga Amerika dalam satu ucapan pada tahun lalu dan mereka bersetuju.

Gorbachev yang membidas negara Barat kerana bersikap angkuh dengan melancarkan Perang Iraq, berkata:

“Dunia tidak akan terima cara diktator atau paksaan. Kita perlu dialog. Dunia perlukan wawasan dan dasar baru. Saya sokong pergerakan yang mengatakan itu boleh dilakukan.”

Ditanya mengenai pemimpin yang menggunakan dasar agama, Gorbachev berkata: “Setiap orang bebas mengamalkan agama termasuk pemimpin. Tetapi, seseorang pemimpin tidak boleh sama sekali menghina atau tidak menghormati orang yang beragama lain.” – AP

Petikan: Berita Harian 19 Oktober 2005

0 Comments:

Post a Comment

<< Home