Thursday, July 27, 2006

Bakal Syuhada?

3 pengebom Bali fail rayuan hukuman mati

JAKARTA 26 Julai – Tiga warga Indonesia yang dijatuhi hukuman mati berikutan serangan bom di Bali pada 2002, akan memfailkan rayuan terakhir kepada pihak pendakwa bagi meminta hukuman mati mereka dilewatkan ke bulan depan.

Ketiga-tiga mereka ialah Imam Samudra, 36, Amrozi Nurhasyim, 43, dan Ali Ghufron alias Mukhlas, 46.

Mereka merupakan antara 30 individu yang disabit bersalah mengebom kelab malam di pulau itu dan dikatakan mempunyai hubung kait dengan rangkaian Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah (JI).

Serangan itu mengorbankan 202 orang, kebanyakannya pelancong asing.

Salah seorang peguam pesalah terbabit, Wiranan Adnan berkata, dia akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Agung dalam masa terdekat.

“Peguam Negara harus berhati-hati, kami akan memfailkan kajian semula kehakiman,’’ katanya.

Wiranan bagaimanapun tidak mendedahkan dasar rayuan itu, namun peguam bela pesalah yang lain juga bercadang mencabar keputusan hukuman mati itu ekoran pesalah dikatakan mencabul undang-undang berkenaan selepas serangan tersebut.

Di bawah Perlembagaan Indonesia, penangguhan tarikh hukuman tidak dibenarkan.

Kesemua pesalah terbabit dijadual menjalani hukuman mati pada akhir Ogos ini, namun jika peguam masing-masing memfailkan rayuan, hukuman itu mungkin tidak akan dijalankan.

Sementara itu, tiga pesalah terbabit berkata, mereka tidak takut menghadapi kematian, malah mahu hukuman itu dilaksanakan.

Mereka juga berkata, tidak akan meminta belas kasihan daripada Presiden iaitu satu proses yang akan mengambil masa selama bertahun-tahun. – AP

UM 27.07.2006

0 Comments:

Post a Comment

<< Home